Suspens, Nilai dan Latar Novel…satu renungan

July 31, 2007 at 11:54 am (Uncategorized)


Baiklah saya rasa soalan novel memang memeningkan kepala pelajar. Jadi, anda kena jelas semua peristiwa yang berlaku. Di bawah saya huraikan secara ringkas tiga soalan yang penting iaitu suspens, nilai, dan latar tempat.

Cuba pelajar semua lihat maklumat di bawah dan renungkan.

Unsur-unsur suspens dalam sesebuah novel menjadi daya tarikan kepada pembaca. Berikan beberapa contoh peristiwa yang menampilkan teknik suspens dalam novel yang anda kaji.
Bukit Kepong

 Penumpang-penumpang bas yang ditahan tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh pengganas komunis itu terhadap mereka..ini anda semua mesti ingat sebab ada…..ha,ha
 Penghuni rumah pasung tertanya-tanya apakah yang telah berlaku apabila terdengar bunyi tembakan yang tidak henti-henti
 Lans Koperal Jidin Omar dan Othman tertanya-tanya apakah yang terdapat di dalam dua buah tin yang dibawa oleh Ahlam…kaitkan konsep min yuen dalam sejarah
 Penghulu Ali tertanya-tanya apabila terdengar bunyi tembakan yang disangkanya mercun pada peringkat awal…bunyi itu dianggap bunyi mercun pada awalnya

Konserto Terakhir

 Pembaca berasa suspens tindakan yang akan berlaku apabila Hilmi diketahui oleh Datuk dan Datin menyentuh piano Hayati.
 Pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi mampu memetik organ dan memainkan lagu seperti yang diminta oleh Encik Bakar.
 Hilmi tertanya-tanya akan sebab Datin Salmah memanggilnya melalui Pak Amat. Rupa-rupanya Datin memberikan pokok bunga Jepun
 Pembaca tertanya-tanya apakah tindakan Hayati apabila bertemu dengan Hilmi di taman bunga

Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Kaitkan kepentingan nilai tersebut dalam kehidupan seharian anda sebagai seorang pelajar.

Bukit Kepong

 Setia kawan – segelintir anggota polis yang tidak bertugas ketika komunis menyerang sanggup meninggalkan anak isteri untuk membantu kawan-kawan mereka. Kaitan dengan pelajar ialah pelajar harus membantu sesama rakan apabila berhadapan dengan masalah.
 Cinta akan negara – penduduk kampung yang menentang komunis. Kaitan dengan pelajar ialah kita harus mengutamakan negara dalam semua tindakan supaya negara terus aman.
 Kecekalan – anggota polis tidak mudah menyerah kalah dengan serangan komunis. Kaitan dengan pelajar ialah pelajar tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan.
 Agama – Othman dan Limah terus menjalankan tugas mereka terhadap agama. Kaitan dengan pelajar ialah pelajar perlu melaksanakan tanggung jawab agama walau di mana pun berada

Konserto Terakhir

 Menghormati orang tua – Hilmi amat menghormati pak ciknya Datuk Johari. Kaitan dengan pelajar ialah pelajar harus menghormati orang tua seperti guru.
 Tabah – Hilmi tabah menghadapi kepayahn demi mencapai cita-citanya menjadi pemuzik. Kaitan dengan pelajar ialah pelajar mesti cekal menghadapi cabaran mencapai cita-cita mereka
 Rajin – Hilmi rajin mendalami ilmu muzik walaupun dia tidak memiliki pengetahuan asas muzik pada peringkat awal. Kaitan dengan pelajar ialah pelajar harus rajin dalam pelajaran mereka
 Pemaaf – Hilmi memaafkan semua orang yang berbuat salah kepadanya. Kaitan dengan pelajar ialah pelajar harus sedia memaafkan mereka yang bersalah.

Latar tempat sangat penting dalam sesebuah karya.
Bincangkan latar tempat berserta peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.

Bukit Kepong

 Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur – Othman menjalani latihan polis selama enam bulan
 Sekitar Rumah Pasung Bukit Kepong – pasukan polis dan komunis bertempur
 Hospital Muar – tempat Othman menerima rawatan selepas serangan

Konserto Terakhir

 Rumah Datuk Johari – Hilmi jadi tukang kebun di rumah pak ciknya
 Dewan Tuanku Canselor – Hayati menggantikan tempat Hilmi dalam konsert perdana tersebut
 Hospital Besar Kuala Lumpur – Hilmi menerima rawatan dan Datuk Johari mengetahui identiti sebenar Hilmi

Terus belajar ok…

About these ads

1 Comment

  1. Sunshine said,

    bagus gak kan chegu.tapi kalau dia tny pasal watak perwatakan. cmne nak ingt? :S

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: