Karangan Orang Kurang Upaya

February 20, 2008 at 12:36 pm (Uncategorized)

Orang kurang upaya:Modal insan yang tidak boleh dipinggirkan

Menurut definisi WHO Pertubuhan Kesihatan PBB, orang kurang upaya ialah “kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional”. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Namun, masyarakat kurang upaya ini terus dipinggirkan.

Sebenarnya, orang kurang upaya memiliki kemahiran yang tidak kurang hebatnya berbanding orang biasa. Ada antara mereka yang memiliki kelulusan yang tinggi dan kemahiran khusus. Mereka berupaya untuk berfikir dan melakukan tugas yang biasa dilakukan oleh manusia yang lengkap anggota badannya. Kebanyakan tugas di pejabat atau di mana-mana boleh dilakukan oleh orang kurang upaya ini. Ringkasnya, golongan ini memiliki keupayaan yang sama seperti orang biasa.

Masyarakat ini turut tidak harus dipinggirkan kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Pekerjaan yang mereka lakukan itu mampu memberi mereka sedikit semangat atau perangsang untuk meneruskan kehidupan ini. Jika tenaga mereka dibiarkan begitu sahaja, sudah pasti negara akan kehilangan sesuatu yang berharga. ada seramai 86 348 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1999 yang akan berasa diri mereka tidak berguna jika sikap buruk masyarakat ini berterusan.

Malah, faktor yang penting yang menekankan peri pentingnya masyarakat kurang upaya di negara ini ialah kejayaan orang kurang upaya membuktikan bahawa negara kita memberi layanan yang sewajarnya kepada masyarakat tanpa mengira warna kulit, keturunan dan keupayaannya. Bukankah ini member imej yang baik kepada negara kita? Semua pihak akan menggunakan negara kita sebagai contoh dalam tindakan mereka untuk melayan orang kurang upaya di negara mereka pula.

namun nasib orang kurang upaya tidak akan cerah kerana negara ini kekurangan akta untuk melindungi orang kurang upaya. Sememangnya, negara kita memiiki akta yang membenarkan syarikat mengambil pekerja kurang upaya tetapi kuasa untuk menguatkuasakannya begitu lemah. Keadaan ini menyebabkan nasib orang kurang upaya terus dirundung malang.

Sikap masyarakat kita perlu berubah dengan menganggap orang kurang upaya ini tidak berguna. Kita harus melayan mereka seperti orang biasa tanpa memberi sebarang layanan istmewa yang menyebabkan mereka berasa tersinggung. Sikap masyarakat kita kadangkala mengelirukan kerana menganggap orang kurang upaya tidak berguna tetapi memberi layanan yang berlebihan sehingga menjadi orang kurang upaya berasa mereka dianggap tidak berupaya pula

Kesimpulannya,kemelut orang kurang upaya ini terus wujud di negara ini jika sikap masyaraat tidak berubah. Pada awal tahun 2001, bilangan orang kurang upaya yang berdaftar ialah 99 500 . Peningkatan ini membuktikan betapa pentingnya paradigman masyarakat berubah dengan segera. Hendak serbu daya tak hendak seribu dalih mungkin menjadi asas perubahan itu.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: