Saya keletihan atau anda yang letih?

July 27, 2006 at 3:01 pm (Uncategorized)

Hari ini ketika mengajar saya dapati banyak pelajar yang keletihan. Ada yang menyalahkan keadaan cuaca sejak akhir-akhir ini yang begitu panas. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka baru sahaja selesai membuat kertas peperiksaan sesuatu mata pelajaran. Malah, ada yang membuat lawak apabila mengatakan mereka keletihan kerana menonton perlawanan bola sepak piala dunia (sudah lama selesai…)
Saya memandang satu demi satu pelajar saya tadi. Semuanya monyok. Semuanya tidak memberi reaksi apabila saya mengajar sajak Tukang Gunting dan Di Ruang Gemanya tadi. Kalau ada yang menulis pun, saya yakin bukan bahan saya yang ditulisnya tetapi gambar kartun atau mungkin mi segera yang enak dimakan selepas kelas saya.
Sebenarnya, aspke keletihan ini sering diabaikan oleh pelajar. Saya yakin tidak ramai yang menyedari bahawa keletihan ini mempunyai kaitan dengan pembelajaran seseorang itu. Maksud saya pelajar menggunakan tenaga secara membuta-tuli. Memang pelajar masih muda dan mempunyai tulang empat kerat yang ampuh untuk menghadapi pelbagai cabaran. Namun, pelajar jua manusia biasa sama seperti Othman dan Hilmi.
Pelajar tidak menyedari bahawa mereka keletihan kerana masa untuk peperiksaan SPM semakin hampir. Semakin hampir peperiksaan besar itu semakin tertekanlah pelajar. Ada pelajar yang belum menyedari bahawa apabila kita terlalu tertekan, kita akan menggunakan tenaga yang banyak. Terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan dalam tempoh yang pendek sehingga menyebabkan peelajar hilang tumpuannya. Kesannya, pelajar akan keletihan. Mereka akan berasa seolah-olah hilang tenaga atau tiada kudrat langsung di tubuh mereka.
Saya berasa kasihan jua melihat keadaan pelajar saya sebegitu. Namun, jauh dalam benak ini, saya berpendapat pelajar perlu bangkit dan menentang keletihan ini. Mereka perlu bangkit dengan satu tekad. Satu semangat jitu Satu jiwa baru seperti rama-rama yang baru keluar dari kepompongnya. Pelajar perlu tabahkan diri mereka untuk peperiksaan yang bakal menjelang itu. Pelajar perlu bertekad.
Salah satu cara untuk menangani keletihan itu ialah pelajar harus melihat dan mengkaji cara pembelajaran mereka. Pertanyaan demi pertanyaan perlu dijawab oleh pelajar dalam aspek ini. Adakah nota penting sudah lengkap? Bagaimana dengan latihan? Apakah semua topik sudah habis ditelaah? Apakah topik-topik yang perlu diberi perhatian pada tahun ini?
Baiklah, kenapa pertanyaan-pertanyaan ini penting? Mudah sahaja, semua jawapan yang bakal diberikan oleh pelajar akan menghasilkan satu persepsi tentang kemampuan pelajar untuk menghadapi SPM 2006. Pelajar akan mula menyedari kelemahan dan cuba mengatasi kekurangan itu dengan secepat mungkin. Tindakan drastik dan awal ini sudah pasti memberi sedikit kelegaan kepada pelajar yang seterusnya memudahkan pelajar untuk memberi tumpuan yang menyeluruh.
Ingatlah, kalau anda terus bermimpi dan menganggap SPM masih jauh, rasa keletihan itu akan menjadi-jadi terutama ketika tempoh semakin menjelang tiba. Kalau pelajar sudah sedar dan bangkit daripada lamunannya, pelajar tidak akan keletihan lagi. Bangkitlah pelajar-pelajarku. Percayalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: