Lambaian Malar Hijau

January 7, 2007 at 1:41 pm (Uncategorized)

Dalam banyak cerpen Lambaian Malar Hijau merupakan cerpen yang menyentuh perasaan saya kerana saya sendiri menganggap diri ini pencinta alam. Kisah anak orang asli yang sanggup mempertahankan pokok tualang demi masa depan masyarakatnya membuatkan saya sedar kelemahan diri yang terlalu banyak bergantung pada kemodenan duniawi.
Dalam cerpen ini pelajar harus sedar kepentingan hutan kepada masyarakat terutama orang asli. Hutan membekalkan makanan, tempat tinggal dan sumber rezeki kepada mereka. Jadi, itu sebab orang asli tidak akan miskin selagi ada hutan. Itu sebab Daneng sanggup meninggalkan persekolahannya demi hutan. Cuma langkah Daneng ini kurang tepat kerana pendidikan penting dalam hidup seseorang.
Watak Cikgu Jo juga penting kerana watak ini melambangkan peranan guru yang sebenar. Guru sepatutnya memberi nasihat kepada pelajarnya. Guru perlu mencari “kunci” untuk memberi semangat kepada pelajarnya untuk mencari ilmu. Guru perlu memberikan contoh yang baik kepada pelajaranya. Guru harus mendidik tanpa memilih kasih. Guru seperti Cikgu Jo yang sanggup mengajar di kawasan pedalaman harus diteladani oleh saya.
Cerita ini juga menggunakan teknik imbas kembali kerana Daneng sudah berjaya dalam hidup. Beliau berjaya masuk ke universiti, menerima anugerah datuk dan nobel serta mampu menyelamatkan hutan di desanya. Beliau juga menerima jemputan untuk menjaga hutan Amazon. Malah beliau juga sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Cikgu Jo sudah pasti berumur.
Hutan harus dijaga tetapi persoalannya bagaimana caranya? Mudah sahaja, kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal dan taman negara supaya pembalakan tidak boleh dijalankan. Begitu juga dengan kempen kesedaran tentang kepentingan hutan disebarkan melalui media massa. Jumlah anggota penguatkuasa perlu ditambah dengan ketara untuk memudahkan urusan pengawasan kawasan hutan yang terlalu luas.
Pokok Tualang? Ini pokok kegemaran saya. Mungkin kerana batangnya yang lurus dan tinggi. Mungkin juga pokok lambang kesucian. Anda suka pokok apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: