Bentuk sumbangan daripada negara maju kepada negara kita.

January 12, 2008 at 2:50 pm (Uncategorized)

Bentuk sumbangan daripada negara maju kepada negara kita.
Beri pendapat anda.

Dalam era modenisasi ini aspek pembangunan sering menjadi ukuran kejayaans esebuah negara itu. Lantaran itu timbul pelbagai istilah seperti negara utara dan negara maju yang merujuk kepada kejayaan ekonomi serta pembangunan sesebuah ngara itu. Istilah negara maju juga menjadi satu tiket untuk dipandang tinggi dan dihormati. Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Itali,Perancis dan Kanada merupakan antara negara maju yang terkemuka. Namun, ada banyak sumbangan yang mampu diberikan oleh sesebuah negara maju kepada negara lain seperti Malaysia.

Sumbangan yang paling nyata ialah negara maju menyalurkan pemindahan teknologi kepada sesebuah negara itu. Penyaluran teknologi ini penting kerana keupayaan untuk menghasilkan teknologi itu memakan masa dan pemindahan merupakan kaedah yang paling mudah dan menjimatkan kos terutama kepada negara yang menerimanya. Negara maju pula mampu berkongsi kepakaran dan kemahiran mereka selain menerima imbuhan kewangan terutama dalam penerimaan kontrak-kontrak kerajaan yang berkaitan dengan pemindahan teknologi tersebut. Contohnya, Malaysia telah menerima banyak bantuan teknikal dalam industri pembuatan kereta dari Jepun sebelum mampu menghasilkan teknologi sendiri.

Pemindahan teknologi ini turut disertai dengan pelaburan asing negara maju tersebut. Pelaburan ini biasanya dalam bentuk pembinaan kilang-kilang atau penubuhan syarikat negara maju itu di negara yang menerimanya. Banyak kawasan perindustrian bebas cukai di negara ini telah dibuka ekoran kehadiran pelaburan asing yang banyak. Kawasan Mak Mandin, Bangi dan Shah Alam merupakan antara kawasan pelaburan asing yang ketara. Banyak kilang-kilang teknologi tinggi didirikan di kawasan tersebut. Oleh itu, tanpa pelaburan asing dari negara maju ini sudah pasti kawasan perindustrian itu tidak mampu didirikan.

Lantaran itu, lebih banyak peluang pekerjaan mampu diwujudkan di negara ini akibat kewujudan kilang-kilang moden itu. Kewujudan peluang pekerjaan ini memastikan lebih ramai negara di Malaysia mempunyai pekerjaan. Rakyat tiak berasa bimbang mengenai masa depan mereka lagi sebaliknya mereka berasa yakin untuk meneruskan kehidupan di negara ini. Jadi, eadaan tahap hidup masyarakat di negara ini turut berubah kerana mereka mempunyai wang untuk meningkatkan kualiti hidup seperti kesihatan yang lebih baik dan tahap pendidikan yang lebih tinggi.

Malah, Malaysia turut mengalami perubahan budaya positif akibat hubungan yang erat dengan negara maju ini. Konsep profesional dalam melaksanakan tugas mula diterapkan dalam pentadbiran negara, penggunaan teknologi ditingkatkan, cara berpakaian dan sebagainya turut ditiru dari negara-negara maju ini. Masyarakat kita juga sudah ada yang mampu berbahasa asing seperti Jepun dan Perancis kerana menyedari betapa pentingnya bahasa asing itu dalam kehidupan mereka sekarang. Jadi, bukan sahaja ngara maju memberikan bantuan kewangan dan teknologi malah budaya masyarakat negara ini turut mengalami perubahan atau asimilasi yang menarik.

Secara tuntasnya, negara kita Malaysia sememangnya menerima banyak impak positif daripada sumbangan negara-negara maju ini terutama dari Jepun. Kejayaan demi kejayaan telah kita capai akibat keupayaan kita untuk meneroka dan mengubahsuai teknologi yang diterima itu dalam bentuk yang lain pula. Mungkin suatu hari nanti kita tidak bergantung lagi kepada negara maju ini kerana kita pula sudah menjadi negara maju yang menyalurkan teknologi sendiri kepada negara yang memerlukannya.

Permalink Leave a Comment