Bidalan Penting SPM – Peribahasa

January 23, 2008 at 2:58 am (Uncategorized)


Ada gula ada semut

Tempat yang mempunyai rezeki akan menjadi tumpuan orang ramai

Air ditetak tidak akan putus

Pergaduhan adik-beradik tidak akan berpanjangan

Ada udang di sebalik batu

Seseorang yang mempunyai niat lain disebalik tindakannya

Alah bisa tegal biasa

Kerja yang susah akan menjadi mudah kalau selalu dilakukan

Alah membeli menang memakai

Barang yang mahal mempunyai kualiti yang baik atau tahan lama

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Seseorang yang pendiam tidak boleh dianggap tidak bahaya

Alang-alang mandi biarlah basah

Sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan sehingga selesai

Belum duduk sudah belunjur

Seseorang yang melakukan sesautu kerja sebelum sampai masanya

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Sesuatu perkara atau kejadian tidak akan berlaku tanpa melibatkan dua pihak

Belakang parang diasah lagikan tajam

Seseorang yang bodoh jika diajar dengan betul akan menjadi pandai akhirnya

Benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau

Seseorang yang berketurunan baik atau dididik dengan sempurna akan berkelakuan baik di mana-mana sahaja berada

Biar titik jangan tumpah

Lebih baik menanggung kerugian yang kecil daripada mengalami kerugian yang lebih besar

Bumi mana tidak ditimpa hujan

Setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan atau mengalami masalah

Diam penggali berkarat

Seseorang yang berilmu tetapi tidak menggunakannya akan kehilangan ilmu itu

Di mana semut mati kalau tidak dalam gula

Manusia mudah terperangkap oleh pujuk rayu atau janji manis orang lain

Indah khabar daripada rupa

Sesuatu berita yang dibesar-besarkan daripada keadaan sebenarnya

Jauhari juga yang mengenal manikam

Orang yang pakar dalam sesuatu perkara itu sahajalah yang lebih mengetahui kepentingan sesuatu perkara itu

Melentur aur biar daripada rebung

Usaha mendidik anak perlulah dilakukan sejak kecil

Pelanduk dua serupa

Dua orang yang mempunyai rupa yang sama

Rosak badan kerana mulut

Mendapat kesusahan atau masalah akibat keterlanjuran kata

Sambil menyelam minum air

Membuat dua pekerjaan dalam satu masa

Sudah terantuk baru tengadah

Apabila sudah terkena barulah berhati-hati

Sediakan payung sebelum hujan

Kita perlu beringat-ingat atau membuat persediaan sebelum mendapat kesusahan

Segan bertanya sesat jalan

Orang yang tidak mahu bertanya apabila menghadapi masalah akan mendapat kesusahan akhirnya

Sudah jatuh ditimpa tangga

Masalah yang datang berturut-turut

Tepuk dada tanya selera

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan mengikut keperluan atau keinginan kita

Ukur baju di badan sendiri

Kita perlu melakukan sesuatu itu mengikut kemampuan atau kebolehan sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: