Jenayah kolar putih dapat diatasi menerusi penguatkuasaan undang-undang.

February 18, 2008 at 12:43 pm (Uncategorized)

Jenayah kolar putih merujuk jenayah halus tanpa kekerasan yang biasanya dilakukan oleh golongan profesional. Kegiatan jenayah ini sukar dikesan kerana pelakunya berkemahiran, berpendidikan dan berjawatan tinggi. Mereka melakukan jenayah ini kerana mereka memahami prosedur perundangan atau yakin kesalahan mereka sukar dikesan. amalan rasuah, pecah amanah dan menyelewengkan wang syarkat merupakan antara kes jenayah kolar putih yang terkena. sememangnya ada pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah ini.

Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkaan tanpa mengira status dan kedudukan seseorang pesalah itu. Sesungguhnya, tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi keinsafan kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini.

Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki tangan kerajaan untuk melakukan jenayah kolar puth ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.

Hubungan yang rapat antara pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah amat penting dalam menangani kemelut yang semakin banyak berlaku ini. kerjasama yang erat ini penting kerana jenayah ini biasanya memerlukan kemahiran yang tinggi dan perancangan yang lama serta rangkaian pesalah yang ramai. Keadaan in menyukarkan mana-mana pihak berkuasa untuk mengesannya lebih awal tanpa kerjasama badan-badan kerajaan yang berkaitan. Oleh itu, kerjasama yang erat harus dipupuk antara agensi kerajaan terutama yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

Aspek pegangan agama yang kukuh juga penting dalam isu ini. Jenayah kolar putih berlaku akibat rapuhnya pegangan agama pesalah tersebut. Mereka hanya mementingkan keuntungan jangka masa pendek dan keseronokan duniawi tanpa mengambil kira impak yang bakal beraku kepada diri dan keluarga mereka jika jenayah ini dilakuan. Siri ceramah berbentuk keagamaan harus dilaksanakan dengan kerap untuk memberi peringatan kepada semua ihak agar tidak terjebak dalam jenayah ini. Jadi, aspek agama yang kuat harus diberi penekanan dalam usaha menangani jenayah kolar putih ini.

Bukan sahaja aspek keagamaan tetapi kendiri seseorang itu harus kukuh. Konsep keinsafan dan kesedaran tentang impak negatif melakukan jenayah harus ditanam dalam diri seseorang. Kita harus menyedari sebarang kesalahan jenayah boleh membawa kita kehilangan pekerjaan, keluarga, dan maruah diri. Semua ini bukan sahaja menyusahkan diri seseorang pesalah itu tetapi turut menjejaskan keharmonian keluarga mereka. Sesungguhnya, kita harus memiliki sikap memandang jijik terhadap jenayah kolar putih ini.

Kesimpulannya, jenayah kolar putih bukanlah satu jenayah yang mudah untuk diatasi. Ciri-ciri jenayah ini menyebabkan kerjasama yang lebih erat perlu dipupuk untuk memastikan jenayah ini tidak menular dalam masyarakat kita. Jenayah ini jika tidak dikawal akan menyebabkan negara menjadi porak-peranda dan imej negara di persada dunia akan turut terjejas.

2 Comments

  1. Anonymous said,

    hebat skali….sungguh hebat….sngt hebat…terlampau membantu….apa kaitan gmbr bunga dgn jenayah kolar putih..?????….menanti jawapan..

  2. Anonymous said,

    Saya hendak bertanya sekiranya soalan hanya berfokuskan penguatkuasaan undang-undang, bolehkah kita memberi jawapan lain seperti yang cikgu lakukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: