Ulasan E-Buku Fakta Karangan 2009..E-Buku Pilihan Pelajar

July 21, 2009 at 7:13 am (Uncategorized)

Pelajar tidak cukup masa? Mungkin inilah bahan yang mampu menyelesaikan masalah anda itu.

E-Buku Fakta Karangan 2009 ini merupakan karya yang paling sesuai buat pelajar yang ingin membuat penelitian pada saat-saat akhir kerana hampir semua skop soalan peperiksaan yang saya ketahui wujud dalamnya. Keadaan ini sudah pasti memudahkan buat pelajar yang hidup mereka sibuk dengan pelbagai subjek yang perlu dipelajari itu.

Bukan sahaja faktanya lengkap dan menarik tetapi cara penulis menyusun fakta ini menjadikan pelajar sudah bersedia untuk menjawab sebarang soalan yang berkaitan dengan karangan. Maknanya dalam setiap fakta itu akan diberikan kemungkinan soalan tentang skop itu yang akan ditanya dalam peperiksaan. Pada masa yang sama penulis ini juga telah menyediakan satu maklumat ringkas tentang sesuatu skop itu yang mungkin boleh dijadikan pendahuluan dalam karangan.

Sebagai contoh, cuba pelajar lihat sebahagian skop pembalakan yang saya ambil daripada buku itu:

SKOP ISU PEMBALAKAN

KESAN PEMBALAKAN
• Hutan negara semakin pupus terutama jenis kayu yang berharga tinggi
• Pencemaran alam semakin meluas
• Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan hakisan sering berlaku
• Kehidupan haiwan liar dan orang Asli terjejas
USAHA-USAHA MENGEKALKAN HUTAN
• Mewartakan kawasan hutan sebagai Taman Negara
• Menggalakkan penanaman semula hutan yang telah ditebang
• Kempen kesedaran terutama dalam kalangan pelajar
• Penggubalan undang-undang yang ketat
• Menambah jumlah anggota renjer hutan untuk membuat rondaan
ISU PEMBALAKAN HARAM
• Sukar dikesan kerana kawasan hutan negara yang luas, kekurangan anggota ranjer untuk mengawasi, ketiadaan kerjasama daripada penduduk setempat, masalah rasuah yang melanda

Mungkin pelajar semua faham maksud saya tentang cara penulisan penulis yang memudahkan kita sebagai pelajar untuk memahami fakta isi karangan itu.

Pada pandangan saya kelebihan buku ini ialah penulis berjaya menulis dengan begitu mudah untuk memenuhi keperluan pelajar yang kadangkala begitu sibuk dan agak sukar untuk mendapatkan isi-isi karangan mereka. Kesukaran untuk memperoleh rangka isi memang satu masalah besar buat pelajar. Buku ini juga boleh digunakan oleh pelajar sebagai bahan bacaan sampingan terutama ketika mereka sedang menunggu bas dan sebagainya.

Saya cadangkan pelajar memiliki buku ini malah guru juga boleh mendapat manfaat kerana isi-isi yang diberikan pasti memudahkan tugas guru untuk mendidik pelajar mereka. Dengan harga RM10 buku ini sememangnya berbaloi untuk dimiliki oleh semua pihak.

Sally Lee Kwan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: